Dabong merupakan salah satu pekan kecil yang terletak di jajahan Kuala Krai. Tempatnya kurang popular di kalangan pelancong. Walau bagaimanapun, setelah keretapi ke Dabong diviralkan, ramai pengunjung ke sini dengan menaiki Keretapi Tanah Melayu.
My first perception, saya sangkakan keretapi di kawasan pedalaman kurang selesa, kotor dan tidak berhawa dingin. Rupa-rupanya, keretapi ni bersih, selesa, berhawa dingin, ada tandas, belakang kerusi ada meja (macam dalam plane), dan siap ada cafe lagi. Yang paling menyeronokkan adalah orang tidak ramai. Jadi, penumpang duduk seorang dalam sebaris kerusi. Jadi, bolehlah tidur dengan selesa hihihihi........ Inilah kelebihan melancong pada hari bekerja, tidak crowded. That's why, I prefer to travel during working day. Saya sarankan anda membawa jacket @ sweater kerana air-condnya terlalu sejuk.
Cafe di dalam train
Tiket train pertama dari Wakaf Bharu adalah 4.30 pg, diikuti 10.30pg, kemudian 2.50ptg. Bagi mereka yang datang ke stesen ini dengan kereta, anda usah risau kerana tempat parking di sini luas. Anda boleh parking di sini, free of charge.
Di antara tempat popular yang dikunjungi ramai di Dabong adalah Pipe Resort, Gua Ikan dan Gunung stong. Apabila anda sampai di Stesen Keretapi Dabong, anda bolehlah ambil prebet untuk pergi ketiga-tiga tempat tersebut. Biasanya mereka mengambil RM15 per kepala untuk pergi dan balik. Di antara nombor phone yg boleh anda contak untuk mendapatkan prebet adalah 014-2121782 & 010-9297921. Di atara aktiviti-aktiviti yg boleh dilakukan di Pipe Resort adalah menunggang ATV, mandi-manda di air terjun, jungle trekking, memancing, berkemah, bbq and flying fox. Di sini juga disediakan penginapan bagi mereka yang ingin merasai suasana bermalam di dalam hutan.
Penginapan di Pipe Resort
Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Gua Ikan adalah berkelah, melihat pemandangan gua kapur, meneroka Gua Ikan, Gua Keris, Gua Gelap, dan Gua Pagar. Di sini tidak digalakkan mandi kerana airnya keruh.
Gua Ikan
Pemandangan gua kapur
Di Gunung Stong pula, anda boleh mendaki gunung tersebut. Ketinggiannya adalah 1422m. Anda juga boleh mandi-manda, berkelah, jungle treaking, berkhemah dan memancing di kaki gunung tersebut. Di sini juga disediakan penginapan bagi mereka yang ingin bermalam di kaki bukit, di tepi air terjun.
Pemandangan di kaki Gunung Stong
Pemandangan di puncak Gunung Stong
Seandainya anda dari Wakaf Bharu dan ingin ke Dabong, hanya sekadar ingin menaiki keretapi, mengenal tiga tempat tersebut, mandi-manda, ambil gambar, menunggang ATV dan berkelah, saya sarankan ambil train pukul 10.30pg dan balik pada hari yg sama pukul 6ptg dari Dabong.
Manakala, sekiranya anda ingin melakukan banyak aktiviti-aktiviti seperti berkhemah, mendaki gunung stong, dan meneroka gua, saya sarankan anda bermalam. Untuk menjimatkan kos, anda boleh berkhemah. Sekiranya anda ingin menginap tempat yang lebih selesa, saya sarankan anda bermalam di homestay kerana lebih selesa dan murah. Di antara homestay yang boleh anda menginap adalah Rose House Dabong, masjid homestay, dan An-nur Guest House. Penginapan yang berada di Pipe Resort agak mahal, sempit, kurang selesa dan toilet berada di luar bilik.
Sekiranya anda ingin makan mee udang galah viral yang terletak berhampiran dengan stesen keretapi Dadong, saya nasihatkan anda tidak perlu membazir duit makan di situ kerana ramai yang berpendapat rasanya kurang sedap. Saya berpendapat, lebih baik anda makan di restoran bersebelahan surau Stesen Keretapi Dabong kerana rasanya lebih sedap dan terdapat banyak pilihan makanan. Maaf, saya lupa nama restoran itu.
Untuk gambaran yang lebih jelas, anda boleh layari https://www.youtube.com/watch?v=BQeJB78ld08
. Selepas menonton, jangan lupa untuk subscribe.