I would like to share some budget-friendly travel advice for Malaysian who want to travel in Singapore..........
1) Accommodation
Saya suggest, anda menginap di hotel, Johor Bharu. Lebih menjimatkan lagi jika anda menumpang di rumah kenalan @ relatives yg tinggal di Johor Bharu. Ini bermakna, anda hendaklah berulang-alik dari JB ke Singapore setiap hari sepanjang percutian anda. Hotel di Singapore sangat mahal lebih-lebih lagi nilai currency kita rendah.
2) Transportation
Anda boleh mengunakan public transport spt subway dan bas dari Johor Bharu ke Singapore untuk menjimatkan kos. Ababila sampai di Singapore, anda boleh ke sesuatu tempat by bus or lrt. Public transport di Singapore very efficient.
3) Makanan
Di sini mudah untuk mendapatkan makanan halal but, saya suggest agar anda membawa makanan yg di pack dari Johor kerana makanan di sini amat mahal. The cost per serving approximately RM50.
4) Melawat tempat yang menjimatkan kos
Terdapat banyak tempat yang anda tidak perlu membayar entrance fee antaranya melihat pemandangan di Marina Bay, Botanic Garden, pantai, Marina Bay dan sebagainya.
Pemandangan di sekitar Marina Bay sangat cantik dan tempatnnya luas. Di antara gambar yg saya ambil di Marina Bay adalah:
There are many beaches in Singapore. Some of them are Tanjong Beach, Palawan Beach, Siloso Beach, and Changi Beach Park. Pantai-pantai tersebut sangat cantik dan bersih. Terdapat banyak aktiviti-aktiviti yg boleh dilakukan di sini. Di antara gambar yg saya ambil adalah :
Henderson Waves & Alexander Arch adalah di antara tempat yg percuma yg boleh anda lawati. Ia menghubungkan Gunung Faber, Bukit Telok Blangah dan Kent Ridge. Ia merupakan laluan untuk pejalan kaki. Anda boleh berjalan kaki di sini sambil melihat pemandangan di bawah dan juga pemandangan hutan-hutan yg berada di atas bukit.
Pengunjung juga boleh melawat Botanical Garden for free of charge. Di sini anda boleh melihat flora dan fauna yg menyejukkan mata memandang.
Most of Malaysian suka ke Universal Studio Singapore(USS). Terdapat banyak travel agent di Johor Bharu yg menawarkan tour ke sana dengan menyediakan bas pergi dan balik ke sana. Walaupun harga pakej tersebut RM200++ per person include tiket masuk ke sana namun, pengunjung tidak kisah dengan cost tersebut dan berduyung-duyung orang ke sana. Di sini terdapat pelbagai jenis permainan & pengunjung boleh bermain sepuas hati.