Bahan-bahan
1 kg ubi keledek
2 sudu majerin
4 sudu tepung gandum
sedikit gula
Cara membuatnya:
1. Buang kulit ubi keledek
2. Potong ubi keledek kecil-kecil utk memudahkan semasa merebus
3. Cuci ubi tersebut
4. Rebus ubi tersebut sehingga masak tapi jgn terlalu lama untuk mengelakkannya lembik
5. Setelah masak, buang air rebusan. Tunggu sehingga sejuk
6. Lenyek ubi tersebut dengan menggunakan lesung
7. Masukkan majerin and tepung gandum ke dalam adunan ubi yang telah dilenyek. Uli adunan tersebut
8. Masukkan gandum sehingga ubi tidak melekat di tangan
9. Cek mek boleh mula membentuk dengan memasukkan sedikit gula di dalamnya
10. Sapukan di luar cek mek tadi dengan sedikit gandum untuk merangupkannya
11. Panaskan minyak untuk menggoreng. Setelah minyak panas, boleh mula menggoreng cek mek. Api jangan terlalu kuat.
Untuk gambaran yang lebih jelas, anda boleh click link berikut, https://www.youtube.com/watch?v=qHC_wZZfMX4&t=5s