Apabila anda pergi ke Melaka, jangan lepaskan peluang untuk melawat Muzium Samudera. Muzium ini lain daripada yang lain kerana ia adalah replika kapal Portugis. Bagi mereka yang tidak pernah tengok kapal zaman dahulu secara dekat, bolehlah berkunjung ke sini.
Muzium Samudera fasa 1
Semasa saya ke Melaka, saya tidak berpeluang untuk masuk ke dalam muzium kapal tersebut kerana muzium tersebut dalam proses pembaikan. Jadi, saya melawat Muzium Samudera fasa 2.
Muzium Samudera fasa 2 juga tidak mengecewakan pengunjung. Walaupun dari luar kelihatan seperti bangunan biasa tetapi, apabila anda masuk ke dalam, anda pasti teruja dan merasa seolah-olah anda berada di dalam kapal kerana design dalamannya dibuat betul-betul menyerupai kapal.
Di dalam muzium ini juga anda boleh mendapatkan maklumat tentang pelayaran masa-masa dahulu kala dan tokoh-tokoh terkenal dalam bidang pelayaran. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, anda boleh click link berikut, https://www.youtube.com/watch?v=viE23iDBvnE
Jom terokai Melaka !!!