Friday, 4 March 2022

Pulau Tengah, Kubang Kerian, Kota Bharu

             Kampung Pulau Tengah menjadi terkenal setelah viral jambatan yang panjang di sini, yang menyebabkan berduyung-duyung pengunjung datang ke sini.

            



            Pelbagai aktiviti disediakan untuk menarik pengunjung ke sini antaranya kayak, floating market, swam pedal boat, dan bot untuk menyusuri sungai.
                







        Di sini juga terdapat ATV, yang mana pengunjung dapat menjelajah hutan dan kawasan kampung dengan menggunakan ATV.



        Terdapat juga Floating Market berdekatan Min House Camp. Jadi, pengunjung dapat merasai suasana membeli-belah di tepi sungai tanpa ke Thailand.





        Terdapat juga tempat mandi-manda iaitu Water Eco Park. Di sini terdapat dua kolam iaitu kolam untuk kanak-kanak dan dewasa. Pengunjung akan dikenakan caj untuk mandi-manda di sini.











Untuk gambaran yang lebih jelas, anda boleh click link ini: https://www.youtube.com/watch?v=s5nFGZaPQ3k







No comments:

Post a Comment