Thursday, 28 September 2023

Ayam masak asam

 Bahan perapan

1/2 ekor ayam

sedikit garam & serbuk kunyit

1 sudu teh sos tiram


Bahan-bahan lain

2 sudu besar asam jawa, bancuh bersama 2 cawan air

1 sudu besar sos tiram

*1 biji bawang besar

*3 ulas bawang putih

*2cm halia (dihiris)

*7 biji cili merah

*1 biji cili hijau

perasa & gula


Cara membuatnya

1. Perap ayam bersama bahan perapan selama 1/2 jam. Then, goreng ayam separuh masak, ketepikan

2. Tumiskan bahan-bahan bertanda * sehingga naik bau

3. Masukkan air asam jawa & sos tiram. 

4. Masukkan ayam yg digoreng tadi

5. Perasakan dengan perasa & gula.

6. Masak sehingga kuah mendidih







Wednesday, 27 September 2023

Resepi nugget nasi

 Bahan-bahan

 *2 cwn nasi

*1 biji telur

*2 ketul dada ayam

*1 biji bawang besar

*3 ulas bawang putih

*1/2 lobak merah

# sedikit serbuk lada

# 1 1/2 teh sudu garam

# perasa knor

# sedikit hiasan daun bawang

sedikit gandum supaya tidak melekat semasa membentuk nugget

serbuk roti (untuk menyalut nugget)


Cara membuatnya

1. Blender bahan bertanda *

2. Keluarkan bahan2 yg diblender & gaul sebati bersama bahan-bahan bertanda #

3. Keluarkan sedikit adunan, letakkan di atas papan uli yg disapu gandum (supaya tidak melekat), bentukkan adunan 4 segi

4. Celup nugget tersebut ke dalam telur

5. Salut Nugget tersebut dgn serbuk roti

6. Kukus nugget tersebut (optional)

7. Goreng