Friday, 7 July 2023

Resepi kek pisang cheese

 Bahan-bahan A

250g pisang

180g minyak masak

150g gula perang

sedikit garam

1/2 sudu esen vanila

3 biji telur


Bahan-bahan B

150g tepung gandum

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil baking powder

100g chip coklat (jika mahu)


Adunan cheese

125g cream cheese

30g gula kastor

1/2 sudu esen vanila

1 biji telur

35g yogurt

10g tepung gandum

sedikit perahan lemon


Cara membuatnya:

1. Semua bahan-bahan A diblender

2. Ayak bahan-bahan B. Pukul bahan A & B di dalam bekas sehingga sebati, ketepikan

3. Pukul bahan-bahan cheese di dalam bekas yg lain sehingga sebati

4. Sapukan loyang dengan sedikit majerin

5. Tuang bahan-bahan A & B yg dipukul sebati kedalam loyang & tinggal sedikit untuk hiasan

6. Tuangkan semua adunan cheese yg telah dipukul di dalam loyang, di atas adunan A & B

7. Hiaskan adunan A & B yg tertinggal tadi berbentuk segi 4 sebagaimana dalam gambar


8. Bakar adunan tersebut pada suhu 160°C, selama 1 jam 10 minit 





Resepi ayam paprik Kelantan

 Bahan-bahan kisar

1 inci kunyit

2 batang serai

8 biji cili padi

1 inci lengkuas

3-4 biji bawang besar

2 ulas bawang putih


Bahan-bahan B

1/2 ekor ayam

kacang panjang

1keping asam keping

4 helai daun limau purut

garam, gula


Cara membuatnya:

1. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau

2. Masukkan bahan-bahan B, tambah sedikit air. Masak sehingga ayam masak sepenuhnya




Thursday, 18 May 2023

Resepi ketupat palas lemak Kelantan

Bahan-bahan

1 kg beras pulut

3/4 kg santan pekat

1 sudu garam

2 sudu gula

(+ 1 cawan gula jika ingin membuat ketupat manis)

daun palas secukupnya


Cara membuatnya

1. Beras pulut dibersihkan & direndam selama 12 jam

2. Kukus beras pulut sehingga separuh masak

3. Sementara mengukus beras, masak santan bersama gula & garam sehingga mendidih. Boleh tambah sedikit air jika santan terlalu pekat

4. Masukkan pulut yang separuh masak ke dalam bekas. Then, masukkan separuh santan, gaul sebati

5. Kukus kembali pulut separuh masak tersebut sehingga masak

6. Apabila masak, masukkan pulut yang baru siap dimasak ke dalam bekas. Then, masukkan santan, gaul sebati. Then, biarkan pulut tersebut sejuk

5. Setelah pulut sejuk, pulut tersebut dibungkus dengan daun palas sehingga habis

6. Seteh siap, kukus @ rebus pulut tersebut seketika supaya rasanya lebih sedap & tahan lama



Friday, 14 April 2023

Petua mengira sukatan air untuk masak agar-agar

 Tip mudah yang boleh saya kongsikan adalah:

        Bagi agar-agar tali, 10g agar2 = 1 liter air

        Jadi, jika agar2 tali berat 2.5g, maka sukatan air adalah 2.5 liter



Untuk agar2 serbuk pula;

13g = 1.3 liter




Mudah bukan, selamat mencuba !!!!!








Saturday, 1 April 2023

Puding jagung

Bahan-bahan

1 tin jagung creamer

3/4 tin gula

1 tin susu cair

1 tin tepung kastad

2 tin air

3/4 tin santan cair


Cara membuatnya

1. Campurkan semua bahan di atas di dalam periuk. Kacau sehingga sebati

2. Masak di atas dapur dgn api perlahan. Kacau sehingga likat, sehingga keluar bom wap.

3. Tutup api. Masukkan puding tersebut ke dalam bekas, sejukkan....




Friday, 24 March 2023

Resepi paprik campur

 Bahan-bahan

3 ulas bawang putih (ketuk & cincang kasar)

2 inci halia (potong kecil2 memanjang)

1 batang serai (ketuk)

3 sudu besar cili kisar

4 helai daun limau purut

6 biji cili padi (tumbuk hingga pecah)

Kacang panjang

Jagung kecil

Bunga kubis

Carroct

4-5 ekor sutong (potong bulat)

8 ekor udang

sedikit minyak untuk menumis


Bahan-bahan sos

1 sudu besar sos ikan

1-2 sudu kicap pekat manis

2 sudu sos tiram

3 sudu sos tomato

3 sudu sos cili


Cara membuatnya

1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih bersama halia. Then, masukkan serai & cili kisar

2. Apabila naik bau, masukkan udang & sotong

3. Masukkan daun limau purut & semua sayur-sayuran

4. Masukkan semua bahan2 sos, kacau sehingga masak. Tambah air jika perlu