Sunday, 7 January 2024

Resepi Kuih Sagu

Bahan-bahan
2 cawan air
1 cawan sagu
3/4 cawan gula
Beberapa titik pewarna merah
Sedikit kelapa putih + sedikit garam (gaul)

Cara membuatnya

1. Didihkan air bersama perasa sirap sehingga mendidih. Apabila mendidih, masukkan sagu & kacau 10 minit

2. Apabila nampak pekat sikit, masukkan gula, kacau sehingga pekat

3. Masukkan sagu tersebut di dalam loyang & kukus.

4. Kukus sehingga sagu kembang & tiada lg biji-biji putih (anggaran masa 20-30 minit)

5. Sejukkan sagu. Sementara kuih masih lembap, potong sagu tersebut & gaul bersama kelapa putih. siap.....




Thursday, 9 November 2023

Resepi ayam masak sos tiram

 Bahan-bahan

7-8 ketul ayam yg digoreng garing

2 biji ubi kentang - digoreng

1 labu bawang besar - dihiris

garam 

sos tiram 

1 keping asam 

5 biji cili padi (ditumbuk)

2 batang serai (diketuk)


Cara membuatnya

1. Tumis cili padi & serai sehingga layu

2. Masukkan bawang & tumis bawang

3. Masukkan sos tiram, asam keping. Perasakan dgn garam & gula

4. Masukkan ayam yg dah digoreng & juga ubi kentang

5. Siap untuk dihidang






Thursday, 28 September 2023

Ayam masak asam

 Bahan perapan

1/2 ekor ayam

sedikit garam & serbuk kunyit

1 sudu teh sos tiram


Bahan-bahan lain

2 sudu besar asam jawa, bancuh bersama 2 cawan air

1 sudu besar sos tiram

*1 biji bawang besar

*3 ulas bawang putih

*2cm halia (dihiris)

*7 biji cili merah

*1 biji cili hijau

perasa & gula


Cara membuatnya

1. Perap ayam bersama bahan perapan selama 1/2 jam. Then, goreng ayam separuh masak, ketepikan

2. Tumiskan bahan-bahan bertanda * sehingga naik bau

3. Masukkan air asam jawa & sos tiram. 

4. Masukkan ayam yg digoreng tadi

5. Perasakan dengan perasa & gula.

6. Masak sehingga kuah mendidih







Wednesday, 27 September 2023

Resepi nugget nasi

 Bahan-bahan

 *2 cwn nasi

*1 biji telur

*2 ketul dada ayam

*1 biji bawang besar

*3 ulas bawang putih

*1/2 lobak merah

# sedikit serbuk lada

# 1 1/2 teh sudu garam

# perasa knor

# sedikit hiasan daun bawang

sedikit gandum supaya tidak melekat semasa membentuk nugget

serbuk roti (untuk menyalut nugget)


Cara membuatnya

1. Blender bahan bertanda *

2. Keluarkan bahan2 yg diblender & gaul sebati bersama bahan-bahan bertanda #

3. Keluarkan sedikit adunan, letakkan di atas papan uli yg disapu gandum (supaya tidak melekat), bentukkan adunan 4 segi

4. Celup nugget tersebut ke dalam telur

5. Salut Nugget tersebut dgn serbuk roti

6. Kukus nugget tersebut (optional)

7. Goreng







Monday, 21 August 2023

Resepi kuih siput kari

 Bahan-bahan

1 kg tepung gandum

1 cawan majerin - cairkan

1 biji telur

Sedikit garam & gula

sedikit air -  sehingga adunan tidak melekat di tangan

Sedikit daun kari

Cara membuatnya

1. Campur semua bahan-bahan di atas melainkan air dan daun kari

2. Uli adunan dengan memasukkan air sedikit demi sedikit sehingga sebati dan adunan tidak melekat di tangan

3. Bentukkan adunan dengan dengan menggunakan acuan kuih siput


4. Setelah siap, goreng siput tadi bersama daun kari sehingga masak







Thursday, 17 August 2023

Resepi paru sambal berlada

Bahan-bahan

700g paru

sedikit hirisan halia

sebatang serai yg diketuk

sedikit garam

- Rebus bahan-bahan di atas sehingga empuk


Bahan-bahan lain

*10 biji cili merah

*5 ulas bawang putih

*10 ulas bawang merah

*1 inci halia

1 batang serai diketuk

sedikit garam & gula

1 keping asam


Cara membuatnya:

1. Paru yang sudah direbus, dihiris nipis2, kemudian digoreng sehingga garing. Ketepikan

2. Bahan2 * dikisar kasar kemudian, ditumis bersama serai sehingga garing sedikit

3. Masukkan garam, gula & asam keping

4. Masukkan paru yg siap digoreng. Kacau sebati