Wednesday, 13 April 2022

Puding trifle

Bahan-bahan:

1 pack kek gulung

- Kek gulung dipotong & diatur di dasar bekas secara tersusun. Basahkan kek gulung tersebut dengan air koktail


Bahan-bahan puding:

1 1/2 tin susu cair

2 1/2 tin air

6 sudu tepung kastad

14 sudu gula

1 tin koktail

- Campurkan semua bahan-bahan puding kecuali koktail di dalam periuk. Kacau sebati. Then, masak di atas api sehingga likat

- Setelah puding masak, tuang puding tersebut di atas kek gulung tadi.

- Setelah puding sejuk & beku, letakkan koktail di atas puding


Bahan-bahan jelly

1 kotak nona jelly

- Masak jelly mengikut arahan di kotak sehingga mendidih

- Setelah memdidih, tuang jeli ke atas puding tadi

- Sejukkan, siap !!!



Saturday, 9 April 2022

Resepi udang kari

Bahan-bahan:

400g udang

1 sudu teh serbuk kunyit

1 sudu teh sebuk kari ikan

1 sudu teh garam

sedikit minyak

- Lumurkan bahan-bahan di atas pada udang & perap sebentar di dalam peti ais


Bahan-bahan sos:

1 1/2 sudu serbuk kari ikan

1 sudu sos cili

1 sudu sos tomato

1 sudu sos tiram

1 sudu kicap cair

2 tangkai daun kari

beberapa ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

sedikit air

sedikit cili api - optional


Cara-cara membuatnya:

1. Goreng udang yang telah diperap sehingga masak, ketepikan

2. Tumis bawang putih, bawang merah. kemudian masukkan daun kari

3. Di dalam bekas yang lain, masukkan serbuk kari, sos cili, sos tomato, kicap & sos tiram. Kacau sebati, masukkan sedikit air. Then, tuangkan ke dalam kuali bersama tumisan bawang tadi. Kacau sehingga masak, jika pekat, masukkan sedikit air

4. Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Kacau


Friday, 8 April 2022

Resepi seri muka

Bahan-bahan

Beras pulut (kuantitinya, agak-agak apabila beras pulut itu masak ia memenuhi separuh loyang yg kita guna, tekan pulut yang masak itu padat-padat pada loyang tersebut)

Bahan-bahan lapisan atas

1 1/2 nisan Kelantan

1 cawan santan (RM2)

4 biji telur

1 sudu tepung jagung

sedikit garam


Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus

2. Blender semua bahan-bahan lapisan atas, kemudian tuangkan ke atas pulut di dalam loyang

3. Kukus sehingga masak


Resepi puding berkuah

Bahan-bahan utk puding:

1 cawan tepung jagung

4 cawan air

3/4 cawan gula


Bahan-bahan kuah:

1 tin susu cair

2 tin air

gula secukup rasa


Cara membuatnya:

1. Masak bahan-bahan untuk puding di atas api slow, kacau sehingga likat

2. Masukkan ke dalam bekas, sejukkan 

3. Masak bahan-bahan kuah sehingga mendidih, sejukkan & masukkan ke dalam bekas

4. Potong puding kecil-kecil dalam bentuk dadu then, masukkan dalam kuah puding

5. Masukkan koktail jika suka



Selamat mencuba !!!


Friday, 4 March 2022

Muzium Samudera, Melaka

         Apabila anda pergi ke Melaka, jangan lepaskan peluang untuk melawat Muzium Samudera. Muzium ini lain daripada yang lain kerana ia adalah replika kapal Portugis. Bagi mereka yang tidak pernah tengok kapal zaman dahulu secara dekat, bolehlah berkunjung ke sini. 


Muzium Samudera fasa 1

        Semasa saya ke Melaka, saya tidak berpeluang untuk masuk ke dalam muzium kapal tersebut kerana muzium tersebut dalam proses pembaikan. Jadi, saya melawat Muzium Samudera fasa 2. 
        Muzium Samudera fasa 2 juga tidak mengecewakan pengunjung. Walaupun dari luar kelihatan seperti bangunan biasa tetapi, apabila anda masuk ke dalam, anda pasti teruja dan merasa seolah-olah anda berada di dalam kapal kerana design dalamannya dibuat betul-betul menyerupai kapal. 




    

        Di dalam muzium ini juga anda boleh mendapatkan maklumat tentang pelayaran masa-masa dahulu kala dan tokoh-tokoh terkenal dalam bidang pelayaran. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, anda boleh click link berikut, https://www.youtube.com/watch?v=viE23iDBvnE

Jom terokai Melaka !!!




Pulau Tengah, Kubang Kerian, Kota Bharu

             Kampung Pulau Tengah menjadi terkenal setelah viral jambatan yang panjang di sini, yang menyebabkan berduyung-duyung pengunjung datang ke sini.

            



            Pelbagai aktiviti disediakan untuk menarik pengunjung ke sini antaranya kayak, floating market, swam pedal boat, dan bot untuk menyusuri sungai.
                







        Di sini juga terdapat ATV, yang mana pengunjung dapat menjelajah hutan dan kawasan kampung dengan menggunakan ATV.



        Terdapat juga Floating Market berdekatan Min House Camp. Jadi, pengunjung dapat merasai suasana membeli-belah di tepi sungai tanpa ke Thailand.





        Terdapat juga tempat mandi-manda iaitu Water Eco Park. Di sini terdapat dua kolam iaitu kolam untuk kanak-kanak dan dewasa. Pengunjung akan dikenakan caj untuk mandi-manda di sini.











Untuk gambaran yang lebih jelas, anda boleh click link ini: https://www.youtube.com/watch?v=s5nFGZaPQ3k