Tuesday, 7 July 2020

Makanan sedap di Kelantan

1. Kek 
        Ciri-ciri kek kegemaraanku adalah tidak mual dan lembap. Di antara kek yang diminati adalah kek carroct, kek coklat dan kek cheese.


Kek coklat


Kek Carroct

Kek cheese disalut coklat

        Kawan saya dapat menyediakan kek memenuhi citarasaku. That why, saya selalu menempah dengannya. Keknya sedap dan harganya amat berpatutan. Anda pasti tidak menyesal apabila merasai keknya. Anda boleh melihat gambar kek-keknya melalui  fb https://www.facebook.com/profile.php?id=100001587230034&sk=photos_all

2. Kerabu maggi

        Kelantan juga terkenal dengan kerabu maggi. Untuk mendapatkan kerabu maggi yg sedap, anda boleh menempah dengan Saiful 017-7454858. Kerabu mangginya sangat sedap dan banyak lauk. Harganya agak berpatutan, RM7 sebekas. Sesiapa yang tinggal di kawasan Kota Bharu bolehlah menempahnya.

3. Glewak Cafe
        Di sini bukan sahaja menjual nasi ulam tetapi anda juga boleh merasa masakan panas. Mereka juga menjual pelbagai jenis air. Di antara makanan yang menjadi pilihan ramai di sini adalah nasi ayam pedas berapi.  Rasa sambalnya sangat pedas. Ikan keli berlada merah @ hijau jg menjadi pilihan ramai.

        Restoran ini telah berpindah jalan Dusun Raja, berhadapan dgn Chiang Mai Restaurant.

4. Restoran Acu Tera



        Restoran ini popular dengan seafood celup tepung. Anda boleh merasai sotong, udang, ikan dan kerang celup tepung dengan harga berpatutan. Restoran ini terletak berhampiran Pantai Sabak. Anda boleh menikmati makanan di tepi pantai dengan merasai angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.


5. Jagung manis




        Berita baik untuk orang Kelantan yang mana anda tidak perlu ke Cameron Highland untuk mendapatkan jagung yang manis. Kini, anda boleh mendapatkannya di Telipot, Kota Bharu. 
        Ladang jagung ini terletak berhampiran dengan Taman Restu yang mana pekebun ini menanam jagung berhampiran dangan rumahnya. Anda boleh menghubungi beliau 011-1076 4941 untuk mengetahui stok jagung dan untuk mendapatkan lokasi yang tepat.

6. Nasi Ulam Cikgu


        Restoran ini berkonsepkan ulam-ulaman. Mereka menyediakan ulam yang segar setiap hari. Di antara menu yang sedap di sini adalah ikan keli goreng berempah dan asam pedas ikan patin. 

7. Nasi Kukus Zaeman


            Terdapat banyak nasi kukus di Kelantan, nasi kukus Zaeman adalah di antara yang popular. Terdapat banyak cawangan nasi kukus Zaeman di antaranya berhampiran Flat Buluh Kubu, Kota Bharu; Pengkalan Chepa; dan Kubang Kerian.

8. Kek pandan lapis & Kek keladi lapis

   


        Anda pasti tidak menyesal jika anda memakan kek tersebut. Keknya amat sedap dan saya sendiri telah menempahya beberapa kali. Untuk yang tinggal di Kota Bharu @ tempat berhampiran KB, anda boleh menempah kek tersebut dengan menghubungi 011-1277 7411.

9. Japanese Cake
        Dapatkan Japanese cake yg sangat gebu dan lembut dengan menempah by calling @ whatapp 011-11129190. Beliau menjual kek secara online dan menghantar kek kepada anda dengan mengenakan sedikit COD. 
        Terdapat pelbagai perisa kek antaranya keladi, original, cheese, pandan cheese dan blueberry dengan harga serendah RM15.



10. KB patin haus



        Pelanggang boleh menikmati pelbagai jenis lauk dan ulam-ulaman di sini tetapi yang paling famous di sini adalah ikan patin tempoyak. Kuahnya pekat dan rasa yang sangat menyelerakan.
        Restaurant ini terletak di depan AEON Mall Kota Bharu. Kawasan parkingnya agak luas memudahkan pelanggang singgah di sini.

11. Hokkaido Ice-cream Puff





        Orang Kelantan tidak perlu ke luar negeri untuk mendapatkan ais krim hokaido. Kini anda boleh mendapatkanya di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu dengan harga RM4.30 seunit. Restoran ini terletak berhampiran komplek sekolah. Ia dibuka setiap hari bermula pukul 12 tengahari. Ais krim dijual dalam pelbagai perisa antaranya manggo, keladi, mint choco chip, sweet corn, raspberry triple, vanilla choco chip, choco o chip, cookies and cream, dan green tea. Walaubagaimana pun, amat mengecewakan kerana restaurant ini tidak menyediakan tempat untuk makan. Ia hanya untuk take away. 

12. Warung Rasya
        Restoran ini terletak di jln Tok Akil, Ketereh. Warung ini menyediakan pelbagai menu antaranya smoothie jus naga, kerabu maggi, es buah campur, mee celuk, mee udang, maggi sotong dan lain-lain. Warung ini terletak di tepi sawah padi. Sambil makan boleh lah anda menikmati udara nyaman di tepi sawah padi.


 






























































































































































No comments:

Post a Comment