Sunday, 30 March 2025

Ayam kukus cendawan

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam (dibersihkan)

*1 sudu sos tiram

*2 sudu kicap manis

*1 sudu minyak bijan

*1 sudu sos ikan

*1/2 sudu serbuk lada putih

*1 sudu kecil serbuk perisa

* sedikit garam & gula

2 inci halia (dihiris)

5 ulas bawang putih (dihiris)

batang daun bawang

4 biji cendawan shiitake (dipotong dadu)


Cara membuatnya:

1. Gaul semua bahan-bahan yg bertanda * bersama ayam, perap seketika

2. Masukkan ayam tersebut di dalam mangkuk yang tahan panas bersama-sama halia, bawang putih, daun bawang dan cendawan

3. Kukus selama 20 minit




Friday, 28 March 2025

Puding Tuity Fruty

 Bahan-bahan

1 tin susu cair

1/2 tin susu pekat

1 paket agar2 plain

1 sudu kecil esen vanila

3 tin air

1 tin susu segar full cream

1 ketul gula batu

sedikit garam

3 sudu tepung kastad

filling buah-buahan


Cara membuatnya

1. Calitkan filling buah-buahan di bekas seperti gambar di bawah, ketepikan


2. Campurkan semua bahan di dalam periuk kecuali filling, tetapi jangan hidupkan api. Kacau sehingga sebati

3. Setelah sebati, masak di atas api perlahan. Sentiasa kacau untuk menggelakkan hangit di bahagian bawah

4. Setelah masak, biarkan puding tersebut suam sedikit. Selepas itu, masukkan ke dalam bekas yang dicalit filling

5. Biarkan puding sejuk & membeku
















Wednesday, 19 March 2025

Kuih cara manis

Bahan-bahan

2 cwn tepung gandum

3 cwn santan cair

2 biji telur

3 helai daun pandan

Sedikit pewarna hijau


Bahan-bahan inti

Gula secukupnya


Cara membuatnya

1. Daun pandan diblender bersama santan then, ditapis

2. Masukkan semula santan yg ditapis ke dlm blender semula. Masukkan semua bahan ke dlm blander kecuali gula. Blend sehingga sebati

3. Acuan disapu dgn sedikit minyak &  Panaskan 

4. Tuang adunan ke dalam acuan. Masukkan gula di atas adunan

5. Tutup adunan dgn tudung. Bakar di atas api perlahan untuk mengelakkan adunan mudah hangus di bhg tepi

6. Apabila sudah masak, keluarkan kuih daripada acuan







Wednesday, 5 March 2025

Siakap goreng ala Thai

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
2 ulas bawang merah - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
2 batang serai yg dihiris nipis
Halia sebesar ibu jari (dihiris nipis)
1 cawan sos thai
2 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
sedikit air tepung jagung
8 biji cili padi
4 helai daun limau purut ( hiris nipis)
Perah 3 biji limau nipis
Sedikit daun ketumbar

Cara membuatnya

1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam, kunyit & tepung jagung @ tepung beras. Goreng sehingga garing, ketepikan

2. Tumis bawang merah , bawang putih, serai & halia sehingga naik bau

3. Masukkan sos thai, sos tiram & sos ikan. 

4. Masukkan sedikit air tepung jagung untuk memekatkan kuah

5. Perasakan dengan garam & gula

6. Masukkan cili padi, daun limau purut, perahan air limau nipis & daun ketumbar

7. Masak sehingga mendidih & tuang ke atas ikan. siap.....



Monday, 3 March 2025

Kari Ikan

Bahan-bahan
Sedikit halba campur
4 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
3 tangkai daun kari
2 senduk rempah kari ikan
1 ekor ikan bawal
1 sudu kecil asam jawa
sedikit garam & gula

Cara membuatnya:

1. Masukkan halba campur ke dalam kuali yg berisi minyak panas

2. Tumis bawang merah, bawang putih & daun kari sampai naik bau

3. Masukkan rempah kari & sedikit air. Masak sehingga pecah minyak. Apabila pecah minyak, tambah sedikit air & masak sehingga pecah minyak

4. Masukkan ikan then, masukkan asam jawa. Perasakan dgn garam & gula. Masak sehingga mendidih