Friday, 14 April 2023

Petua mengira sukatan air untuk masak agar-agar

 Tip mudah yang boleh saya kongsikan adalah:

        Bagi agar-agar tali, 10g agar2 = 1 liter air

        Jadi, jika agar2 tali berat 2.5g, maka sukatan air adalah 2.5 liter



Untuk agar2 serbuk pula;

13g = 1.3 liter




Mudah bukan, selamat mencuba !!!!!








Saturday, 1 April 2023

Puding jagung

Bahan-bahan

1 tin jagung creamer

3/4 tin gula

1 tin susu cair

1 tin tepung kastad

2 tin air

3/4 tin santan cair


Cara membuatnya

1. Campurkan semua bahan di atas di dalam periuk. Kacau sehingga sebati

2. Masak di atas dapur dgn api perlahan. Kacau sehingga likat, sehingga keluar bom wap.

3. Tutup api. Masukkan puding tersebut ke dalam bekas, sejukkan....




Friday, 24 March 2023

Resepi paprik campur

 Bahan-bahan

3 ulas bawang putih (ketuk & cincang kasar)

2 inci halia (potong kecil2 memanjang)

1 batang serai (ketuk)

3 sudu besar cili kisar

4 helai daun limau purut

6 biji cili padi (tumbuk hingga pecah)

Kacang panjang

Jagung kecil

Bunga kubis

Carroct

4-5 ekor sutong (potong bulat)

8 ekor udang

sedikit minyak untuk menumis


Bahan-bahan sos

1 sudu besar sos ikan

1-2 sudu kicap pekat manis

2 sudu sos tiram

3 sudu sos tomato

3 sudu sos cili


Cara membuatnya

1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih bersama halia. Then, masukkan serai & cili kisar

2. Apabila naik bau, masukkan udang & sotong

3. Masukkan daun limau purut & semua sayur-sayuran

4. Masukkan semua bahan2 sos, kacau sehingga masak. Tambah air jika perlu




Saturday, 25 February 2023

Resepi ikan masak asam cuka

 Bahan-bahan:

3 ketul ikan tenggiri - lumurkan dengan kunyit, goreng & ketepikan

Bahan-bahan

* 1 sudu besar biji sawi

* 3 ulas bawang merah (hiris)

* 3 ulas bawang putih (hiris)

* sedikit halia (hiris)

1 cawan air asam

2 sudu besar cuka

sedikit garam & gula

hirisan cili (hiasan)

Timun (jika mahu)


Cara membuatnya:

1. Tumis biji sawi, diikuti oleh bahan-bahan lain yg bertanda * sehingga wangi

2. Masukkan semua bahan kecuali ikan. Masak sehingga mendidih

3. Perasakan dengan garam & gula

4. Masukkan ikan






Monday, 20 February 2023

Resepi pastry karipap

 Bahan-bahan A

1 kg tepung gandum

3 sudu besar tepung beras

2 sudu gula kastor

1 sudu kecil garam

Semua bahan2 A disatukan......


Bahan-bahan B

2 sudu besar majerin

2 senduk minyak


Air sejuk secukupnya


Cara-caranya:

1. Panaskan bahan2 B sehingga hilang bunyi desir

2. Masukkan minyak yg panas tadi ke dalam bahan2 A. Kacau & ramas dengan tangan sehingga menjadi serbuk roti

3. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga tepung lembut & tidak melekat di tangan

4. Biarkan dos selama sejam

5. Dos sedia dibentuk menjadi karipap....







Thursday, 9 February 2023

Ikan tongkol masak rendam asam

 Bahan-bahan A

Ikan tongkol seekor

garam, kunyit

- Lumurkan ikan dengan kunyit dan garam. Biarkan seketika then, goreng sehingga masak. Ketepikan


Bahan-bahan B

2 batang serai

halia sebesar ibu jari

10 biji cili padi

Kunyit hidup sebesar ibu kelingking

4 ulas bawang putih

2 ulas bawang merah


Bahan-bahan c

Air asam jawa


Cara membuatnya:

- Kisar semua bahan2 B

- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan2 kisar sehingga naik minyak

- Masukkan air asam jawa

- Perasakan dengan garam & gula

- Masukkan ikan goreng tadi

- Siap dihidang......




Selamat mencuba !!!!