Friday, 28 March 2025

Puding Tuity Fruty

 Bahan-bahan

1 tin susu cair

1/2 tin susu pekat

1 paket agar2 plain

1 sudu kecil esen vanila

3 tin air

1 tin susu segar full cream

1 ketul gula batu

sedikit garam

3 sudu tepung kastad

filling buah-buahan


Cara membuatnya

1. Calitkan filling buah-buahan di bekas seperti gambar di bawah, ketepikan


2. Campurkan semua bahan di dalam periuk kecuali filling, tetapi jangan hidupkan api. Kacau sehingga sebati

3. Setelah sebati, masak di atas api perlahan. Sentiasa kacau untuk menggelakkan hangit di bahagian bawah

4. Setelah masak, biarkan puding tersebut suam sedikit. Selepas itu, masukkan ke dalam bekas yang dicalit filling

5. Biarkan puding sejuk & membeku
















Wednesday, 19 March 2025

Kuih cara manis

Bahan-bahan

2 cwn tepung gandum

3 cwn santan cair

2 biji telur

3 helai daun pandan

Sedikit pewarna hijau


Bahan-bahan inti

Gula secukupnya


Cara membuatnya

1. Daun pandan diblender bersama santan then, ditapis

2. Masukkan semula santan yg ditapis ke dlm blender semula. Masukkan semua bahan ke dlm blander kecuali gula. Blend sehingga sebati

3. Acuan disapu dgn sedikit minyak &  Panaskan 

4. Tuang adunan ke dalam acuan. Masukkan gula di atas adunan

5. Tutup adunan dgn tudung. Bakar di atas api perlahan untuk mengelakkan adunan mudah hangus di bhg tepi

6. Apabila sudah masak, keluarkan kuih daripada acuan







Wednesday, 5 March 2025

Siakap goreng ala Thai

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
2 ulas bawang merah - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
2 batang serai yg dihiris nipis
Halia sebesar ibu jari (dihiris nipis)
1 cawan sos thai
2 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
sedikit air tepung jagung
8 biji cili padi
4 helai daun limau purut ( hiris nipis)
Perah 3 biji limau nipis
Sedikit daun ketumbar

Cara membuatnya

1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam, kunyit & tepung jagung @ tepung beras. Goreng sehingga garing, ketepikan

2. Tumis bawang merah , bawang putih, serai & halia sehingga naik bau

3. Masukkan sos thai, sos tiram & sos ikan. 

4. Masukkan sedikit air tepung jagung untuk memekatkan kuah

5. Perasakan dengan garam & gula

6. Masukkan cili padi, daun limau purut, perahan air limau nipis & daun ketumbar

7. Masak sehingga mendidih & tuang ke atas ikan. siap.....



Monday, 3 March 2025

Kari Ikan

Bahan-bahan
Sedikit halba campur
4 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
3 tangkai daun kari
2 senduk rempah kari ikan
1 ekor ikan bawal
1 sudu kecil asam jawa
sedikit garam & gula

Cara membuatnya:

1. Masukkan halba campur ke dalam kuali yg berisi minyak panas

2. Tumis bawang merah, bawang putih & daun kari sampai naik bau

3. Masukkan rempah kari & sedikit air. Masak sehingga pecah minyak. Apabila pecah minyak, tambah sedikit air & masak sehingga pecah minyak

4. Masukkan ikan then, masukkan asam jawa. Perasakan dgn garam & gula. Masak sehingga mendidih







Monday, 17 February 2025

Ikan bilis goreng cili padi

 Bahan-bahan

2 biji ubi kentang

200g ikan bilis 

4 ulas bawang putih (ditumbuk)

3 biji bawang merah (ditumbuk)

6 biji cili padi (ditumbuk)

Sedikit serbuk kunyit

Sedikit garam & gula

sedikit sos tiram

sedikit perahan limau nipis


Cara membuatnya:

1. Ubi kentang dihiris nipis & digoreng hingga brown. Ketepikan.....

2. Goreng ikan bilis sehingga garing, ketepikan.....

3. Tumis bawang putih, bawang merah & cili padi

4. Masukkan sedikit serbuk kunyit, garam, gula & sos tiram. Sejukkan ......

5. Apabila sejuk, barulah gaul bersama ikan bilis & ubi kentang untuk mengekalkan kerangupannya. Perah air limau nipis.....







Resepi Ikan Kukus ala Thai

 Bahan-bahan

1 ekor Ikan siakap 

2 batang serai

*1 kiub ayam

*sedikit gula melaka

*2 ulas bawang putih (ditumbuk)

*3 biji cili merah (ditumbuk)

*3 biji cili padi (ditumbuk)

*2 sudu sos ikan

*daun ketumbar

*perahan air limau nipis


Cara membuatnya

1. Bersihkan ikan

2. Rebus @ kukus sekejap ikan bersama 2 batang serai

3. Asingkan ikan di bekas lain

4. Masukkan air di dalam kuali. Masukkan semua bahan-bahan yg bertanda *

5. Masukkan juga air rebusan ikan tadi. Masak sehingga mendidid

6. Tuangkan ke atas ikan tadi